Senarai lokasi Senarai_bangunan_dan_lokasi_Naruto

Gunung Hokage

Gunung Hokage - Dari kiri; Shodaime, Nidaime, Sandaime, Yondaime dan Godaime

Gunung Hokage adalah satu mercu tanda yang terdapat di Konoha. Sebuah bongkah gunung yang terletak berhampiran dengan bahagian belakang Kediaman Hokage telah diukir dengan wajah ninja yang digelar Hokage kampung Konoha. Pada awalnya, hanya terdapat empat wajah Hokage telah diukir iaitu Hokage Pertama, Hokage Kedua, Hokage Ketiga dan Hokage Keempat. Namun, ketika selang masa di antara siri plot Naruto dan Naruto: Shippuden bermula, monumen tersebut telah ditambar dengan ukiran wajah Hokage terkini yang sedang memerintah; Hokage Kelima. Bagi penduduk Konoha, ia merupakan suatu simbol yang harus dihormati dan lambang kemegahan.

Di gunung tersebut, terdapat laluan pejalan kaki dan terowong yang terletak di bahagian dalam dan luar gunung tersebut. Laluan pejalan kaki yang wujud di situ secara amnya digunakan untuk tujuan baik pulih, namun ketika dalam keadaan darurat ia boleh dijadikan laluan kecemasan untuk melarikan diri. Ini dapat dibuktikan ketika Iruka telah membawa pelajar dari Akademi Ninja untuk bersembunyi di gunung tersebut ketika serangan oleh Orochimaru dan ninja dari Sunagakure. Di dalam siri babak sampingan (filler arc), seorang ninja bernama Genno cuba meletupkan ukiran tersebut dengan tujuan mahu Konoha ditimbus oleh rabuk letupan itu.

Bagaimana pun, monumen dan ke semua bangunan yang dibina di atasnya telah selamat daripada letupan kuasa serangan Shinra Tensei yang dilancarkan oleh Pein dari Akatsuki.

Semua penduduk Konoha amat mementingkan monumen tersebut.

Hutan Maut

Hutan Maut (死の森, "Shi no Mori") atau juga boleh dikenali sebagai Zon Latihan Pertarungan ke-44 (第44演習場, "Dai Yonjūyon Enshūjō"), merupakan gelanggang kepada Peperiksaan Chunin dalam proses penyingkiran peringkat kedua dan penyelia yang bertugas merupakan Anko Mitarashi. Tempat tersebut pada asalnya berfungsi sebagai tempat latihan "survival" dan seni pertarungan untuk ninja Genin yang ingin menjadi Chunin. Ia merupakan sebuah tempat yang sangat merbahaya, dipenuhi dengan tumbuhan dan haiwan yang buas; kadangkala bersaiz besar dan beracun. Boleh dikatakan sesetengah daripada tumbuhan dan haiwan di sini bersaiz besar dan beracun.

Kawasan tersebut kelilingi oleh pagar dan mempunyai 44 pintu masuk yang telah dibina di sekelilingnya; menjadi pintu utama kepada ninja yang ingin memasuki kawasan tersebut. Di dalamnya terdapat sebatang sungai, hutan simpan kecil, sebuah menara yang berada di tengah-tengah kawasan tersebut dan jejari pusat tempat tersebut adalah sepuluh kilometer..

Babak Peperiksaan Chunin

Menara yang terdapat di dalam kawasan Hutan Maut tersebut adalah destinasi yang perlu dituju oleh semua kumpulan ninja yang sedang berada dalam ujian tersebut. Setiap kumpulan akan bermula dengan memiliki segulung skrol; yang tertera sama ada "Langit" atau "Bumi", di mana kemudiannya mereka perlu merampas segulung lagi skrol yang berbeza daripada apa yang mereka miliki dengan apa cara jua pun agar dapat melayakkan diri mereka di dalam peperiksaan tersebut. Kemudian mereka dikehendaki menuju ke menara ini.

Di dalam menara ini terdapat satu gelanggang pertarungan yang besar. Ia menjadi gelanggang kepada proses penyingkiran bahagian ketiga sekiranya terdapat banyak kumpulan yang melayakkan diri ketika proses penyingkiran bahagian kedua. Namun begitu, tidak ramai ninja yang lulus di dalam bahagian peperiksaan ini.

Gunung Myobukuzan

Myobokuzan merupakan tempat kediaman bagi katak-katak yang telah diseru oleh Uzumaki Naruto, Jiraiya dan Minato Namikaze. Terdapat pelbagai saiz katak yang wujud di kawasan tersebut tidak kira kecil ataupun besar. Perjalanan ke gunung Myobukuzan daripada Konohagakure mengambil masa selama satu bulan sekira berjalan kaki atau lebih mudah sekiranya menggunakan teknik seruan berbalik oleh mana-mana seekor katak.

Bentuk muka bumi

Myobukuzan kaya dengan flora yang indah di mana ianya di bawah pengawasan Pendeta Katak. Shima dan Fukasaku adalah dua ekor pendeta katak tua dan memiliki hak pengawalan yang lebih tinggi berbanding Gamabunta. Terdapat banyak tugu-tugu nenek moyang katak dan manusia yang cuba belajar teknik Senjutsu tetapi gagal lalu berubah menjadi patung. Ke semua tugu-tugu tersebut dijaga dengan rapi dan teratur.

Sesetengah penghuni di Myobokuzan boleh menggunakan Senjutsu untuk mengumpul kuasa semulajadi. Terdapat sebuah kolam keramat di mana di dalamnya mengandungi minyak khas yang boleh membantu manusia untuk belajar merasai kuasa semulajadi. Akan tetapi, sekiranya manusia tersebut tidak berada dalam keadaan statik ketika sedang bersatu dengan kuasa semulajadi, manusia tersebut akan mula bertukar menjadi katak sedikit demi sedikit kemudiannya terus menjadi batu.

Myobokuzan mempunyai rekod tentang kewujudan setiap penghuninya (senarai nama katak) dan ianya terkandung di dalam satu skrol khas. Senarai nama tersebut akan hilang dengan sendirinya sekira terdapat mana-mana katak Myobokuzan yang mati.

Kuil Api

Kuil Api (火ノ寺, "Hi no Tera") adalah sebuah kuil ninja (忍寺, "nintera") atau nama lainnya biara ninja yang terletak di dalam Negara Api dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kuil Shoalin; namun yang nyata berbeza adalah ianya hanya mengandungi sami ninja. Ke semua sami tersebut diketuai oleh seorang bekas ninja dari 12 Pengawal Ninja iaitu sami bernama Chiriku. Kuil tersebut terletak di sebuah kawasan padang luas di bahagian selatan dan dikelilingi oleh hutan-hutan dan gunung-ganang. Makam kepada empat orang bekas ninja daripada 12 Ninja Pengawal berada di keempat-empat bucu satah (utara, selatan, timur, barat) dan kuil tersebut berada di tengah-tengah sebagai pusat.

Reka bentuk

Terdapat banyak patung-patung dan gambarajah Tengu dan Yamabushi di kuil tersebut termasuk dua patung yang terdapat pada kedua-kedua bahagian pintu masuk utama. Ini bertepatan dengan legenda yang menyatakan bahawa Tengu dan Yamabushilah yang telah mengajar manusia seni Ninjutsu. Kebanyakkan sami di kuil tersebut mempelajari skil yang dikenali sebagai "Anugerah dari Dewa".

Kawasan sekeliling kuil tersebut secara kebiasaannya akan dilindungi oleh Fuinjutsu: Jaringan Dinding Besi yang sukar ditembusi. Hanya terdapat dua kali percubaan yang berjaya mematahkan halangan tersebut iaitu; Pertama ketika Sora melepaskan kuasa musang sembilan ekor ketika pertama kali disatukan dengannya dan kedua ketika pencerobohan oleh Kakuzu dan Hidan untuk mendapatkan kepala Chiriku bagi menebus ganjaran pemburuan. Chiriku dan kebanyakan sami di kuil tersebut terbunuh oleh serangan Kakuzu dan Hidan mengakibatkan kemusnahan teruk kepada kuil itu.

Lembah Penamat

Lembah Penamat

Lembah Penamat (終末の谷, "Shūmatsu no Tani") merupakan sebuah tempat yang terletak di sempadan di antara Negara Api dan Negara Bunyi.

Kisah di sebalik lokasi tersebut adalah mengenai pertarungan di antara kedua-dua pengasas Konoha iaitu Harashima Senju (ketua kepada kaum Senju) dan Uchiha Madara (selaku ketua kaum Uchiha) yang berasaskan kepada dendam Madara kepada Harashima. Harashima berjaya menewaskan Madara dan untuk mengenangkan kepada pertarungan hebat mereka, dua buah tugu gergasi telah dibina, satu yang berukirkan wajah Hokage Pertama dan yang bertentangan adalah berukiran wajah Uchiha Madara. Seperti yang diterangkan oleh Sasuke, pertarungan dua jaguh tersebut sangat hebat sehinggakan ia memusnahkan keadaan asal tempat tersebut lalu membentuk lembah (terdapat air terjun mengalir di anatara kedua-dua buah tugu tersebut). Di sini juga menjadi tempat kemunculan pertama Kyubi melalui pengaruh Madara.

Babak pertarungan yang berulang

Beberapa tahun mendatang, keturunan Madara iaitu Uchiha Sasuke dan anak kepada Hokage Keempat iaitu Uzumaki Naruto bertarung di tempat tersebut yang berkesudahan Naruto telah tewas di tangan Sasuke yang kemudiannya meninggalkan Konoha untuk mencari Orochimaru.

Lain-lain lokasi

  • Tanzaku Gai - Merupakan lokasi kepada tempat letaknya Istana Tanzaku. Bangunan tersebut sudah lama tersergam indah sehinggalah ia musnah ketika serangan oleh Orochimaru.
  • Monumen Hokage - Merupakan monumen besar berbentuk api untuk memperingati bekas-bekas Hokage. Tidak pasti sama ada ianya adalah dibina khas untuk Hokage Ketiga, atau sebagai tanda kenangan yang jauh lebih mendalam berbanding Gunung Hokage.
  • Kolam Air Panas - Sebuah kolam mandi air panas yang disering dikunjungi oleh kebanyakkan karakter siri ini dan menjadi tempat yang suka ditujui oleh Jiraiya ketika cuba mengintai.
Media
Filem
Permainan video
Watak
Utama
Sampingan
Puak
Keluarga
Khas
Latar Geografi
Kelengkapan
Keupayaan
Lain-lain
Berkaitan